Friday, September 4, 2009

Tempat yang tenang...

Setiap org takkan terlepas daripada dilanda masalah.. Masalah yang dianggap sebagai dugaan hidup manusia... walaupun org cakap dugaan sebenarnya mengajar kita jadi matang dan terus kuat... malah tak kurang juga dengan yg tewas dalam menongkah arus kehidupan yg ada mcm -mcm masalah...

Dan aku tau setiap org juga mempunyai pelbagai cara mengatasi masalah.. mungkin juga melarikan diri dari masalah.. tapi sampai bila? sampai bila perlu melarikan diri? dan sampai bila mengharapkan org lain untuk rasa terus kuat? dan sampai bila perlu dipijak oleh individu - individu yang tak geti menghargai? entah... sampai ari ni aku takde jawapan...



Empangan dan tasik merupakan satu tempat yang aku suka nak pergi.... tapi jauh ke pendalaman kalo nak pergi sorang... penakutnya lebih daripada berani... tapi kalo pergi ramai - ramai... masalah yang ada da letak tepi jauh2... tapi, empangan semenyih mmg sunyi.. boleh dengar sayup2 burung dan segala binatang yang nak berbunyi.. dan yg penting bau hutan... segar...

Laut.... luasnya.. dan betapa besar kekuasaan Tuhan memberi kita penglihatan... utk mengagumi kebesaranNYA.. aku suka pada bintang dan bulan... duduk kat Pantai pd waktu malam buat aku teruja.. bintang bertabur kat langit... tak terkira... dan aku tak pernah heran kalo duduk sampai pagi tak tido tengok bintang sambil dengar bunyi ombak...

Permandangan yang cantik pun boleh buat aku tenang... bila tenang kita akan rasa diri kita kerdil... dan DIA yang paling berkuasa... gambar kat atas merupakan satu gambar Gunung kat Bali... n baru je meletup tahun 2004 kot.. yang hitam tu lava yang da keras... bila lalu kat kawasan perkampungan yang hangus tuh.. aduhh... insaf rasa sbb Malaysia ni terlepas daripada bencana - bencana alam... insyaAllah..

Air Terjun... bunyi air yang turun dan keadaan sekeliling buat aku terdiam.. diam supaya berfikir... berfikir kekurangan diri dan dimana silapnya... boleh ke aku berdiri sendiri?? boleh ke aku kuat tanpa dia? siapa aku ni.... kenapa aku mcm ni... tapi tak kurang jugak dengan aku bergembira sbb dpt pegi dekat dengan air terjun Gigit, Bali spt gambar dibawah.. :P

Dan tempat yang paling menenangkan aku adalah kubur... kubur mak dan abah... alhamdulillah mak ngan abah sebelah - sebelah je... takde tempat lain aku nak pegi kalo ilang punca... tempat melepaskan semua yg terbuku kat ati aku tanpa ader bantahan dan gangguan.. gangguan yang ade cuma la semut, nyamuk, ular, serangga - serangga je... dan mereka takkan faham... bila dpt jumpa dorang lagi... org ckp, org yang meninggal sebab Tuhan lebih sayangkan mereka... mcm mana nak jadi org yang baik dan sabar.. tak tertanggung kadang2 bila org sengaja menyakitkan ati ni...

p/s: aku da penat... dan sbb baik sgt pada org - org mcm tuh buat aku jadi mcm ni... dan aku nak berubah... biar org buat kita.. jgn kita buat org.. aduhh...

2 comments:

cik zilla said...

dah lame aku tak melawat kubur mak abah aku.. smnjak pindah segambut ni..makin jauh aku ngan diorang...(^O^)

Cik Nila said...

emm.. aku pun tak la selalu sgt... tapi kalo tgh mental breakdown.. situ je la aku pi..