Monday, November 2, 2009

Biarkan mereka...


Tak semudah menyatakan dekat mulut.. Tak semudah mana melakonkan hari - hari ini.. Walaupun apa yang jadi mungkin dianggap buruk oleh sesetengah manusia, tetapi ia belum tentu sesuatu yang buruk buat diri seseorang... Itu nasihat seorang kawan..

Apa yang jadi? hanya jawapan yang xpasti diberikan pada mereka.. Biarkan mereka bermain teka kata & fikiran... Ini dugaan buat mereka untuk menerima apa yang ada... Hina? berkata buruk? Biarkan sahaja dunia mereka... Jawapan yang pasti? mereka yang terpilih mengetahui.. Anda pasti? ya saya pasti... Anda menyesal? tak.. saya tak menyesal.. Anda suka? tak.. saya xpernah rasa suka.. Anda tabah? yer.. saya mmg seorang yang tabah... Anda sedih? yer.. saya sedih... sedih sbb gagal merealisasikan sebuah kebaikan.. Anda pasti itu kebaikan? tak.. saya xpasti sebab hilang upaya untuk mengembalikan keyakinan..

Apa yang akan jadi? hanya jawapan 'pasti' diperjudikan.. Pasti bahawa matahari masih menyinar pada keesokkan harinya melainkan DIA kata tidak... Pasti bahawa langit yang mendung pasti kembali cerah melainkan DIA kata tidak... Pasti bahawa masih ada suka disebalik duka.. itu yang pasti....
cewah.. aku poyo tetiba aphal! apakah?

No comments: