Thursday, May 13, 2010

Furry Vengeance - SUPERB!

Alkisah binatang - binatang menentang pemaju membangunkan perumahan dalam hutan kediaman dorang.. **ayat kediaman itu skema yer!**

Pelakon utama - Branden Fraser yang mmg jadi mangsa SKUNK busuk dan binatang hutan yang diketuai oleh si RacOOn nakal + bijak pandai lagi menyakitkan hati... =P

Branden berlakon sbg project manager untuk syarikat perumahan yang kononnya utamakan environment.. tapi tipu je developer tuh!! So, sbg protes dari binatang - binatang hutan ni.. Branden jadi mangsa.. camne dia kena? pi laaa tengok sendiri.. hahaha

Review: Citer ni xtunggu lama untuk ada scene yang buat kitaorg GELAK.. dan dipertengahan citer bertambah GELAK BESAR MULUT sampai sakit pipi & perut kejang yer.. hehe.. Semua lawak spontan dan xde jangkaan pon benda tu nak jadi..

Terus terang ckp.. selama aku kenal apa itu CINEMA.. kali ni aku gelak besar & kuat tanpa menghiraukan jiran sebelah tempat duduk.. sampai keluar gelak jantan.. ahak's!

Sapa yg sesuai tgk citer ni?

- mereka yang tengah stress
- mereka yang bole terima citer xlogik
- mereka yang rasa nak tgk wayang tp xtau nak tgk citer apa
- mereka yang nak gi dating ngan lelaki atau pompuan
- mereka yang suka binatang yg comel-comel ala - ala ketipang payung..

Oh well, citer ni kena ngan seleraa aku.. korang tak suka.. aku xpeduli pon... lalalala...

No comments: