Wednesday, August 18, 2010

Ayam

Pagi tadi terdengar kat sinar FM tentang seorang pengguna yang melahirkan rasa tidak puas hati tentang ayam yang bini dia beli. Ayam yang dibeli sekor tanpa dipotong tu takde kesan potongan kat leher ayam tu. Cuma kesan cucuk.. kata dia la...

Jadi, bisinglah pengguna ni kat radio umpama ada pihak berwajib yang dengar radio.. (mungkin la dengar) Jadi, KE & Sinar FM bagilah cadangan sebarang dua.. disamping buat lawak wajib pagi - pagi..

KE & Sinar FM: "awk suruh la bini awk pergi cakap dengan orang kedai tu"
Pengguna: "masalahnya, cuma pekerjanya saje yang ada" Oh Ok..
KE & Sinar FM:  "Kalau macam tu minta nombor telefon tokei kedai"
Pengguna: "masalahnya.. bla.. bla.. bla"

Selepas dua tiga cadangan diberi.. jawapan dari pengguna tetap dimulai dengan "Masalahnya.." Berapa banyak MASALAH kau daaa... Pengguna ni selaku suami siap ckp. "Kalau saya yang pergi, saya tunggu kat kedai ayam tu sampai petang" Emosional la plak.. Buat apa ko nak tunggu kat situ? Gaduh ka??

Tau - tau je pengguna tu da xde kat talian.. diputuskan atau terputus? mungkin jugak terlalu banyak masalah dia.. =P

p/s: Emo.. emo jugak.. tindakan perlu ada. Isu camni baik report aje kat Persatuan Pengguna Islam.

No comments: