Korang pernah cuba berbekam dalam hidup korang tak?
Tak ramai yang nak cuba cara ni.. Ye la.. berbekam ni da masuk kategori perubatan Tradisional.. Untuk orang macam aku yang memang solid molid pure KL ni.. memang mula - mula dengar tu, tak koser aku nak try.. *konon moden sgt.. ceh!
Tapi, atas sebab kesihatan yang makin lama makin teruk.. Alasan doktor kasi, aku tak boleh terima.. Aku ambil keputusan cuba jugak cara berbekam untuk kaki aku yang montok ni.. Hadoi! Sakit gilerr la makcik..! rasa menyesal dan memang tak rasa nak datang balik kat tempat Rawatan Cinta Ampang Park tu...
Toreh - toreh kaki aku ni pakai pisau belit Gillette tu.. Uwaaa! Masa first time buat hari tu, memang kaki tengah bengkak.. So, memang sakit yang mengalir air mata dan lembik badan tahan sakit! Ringan kaki nak buat terajang ke belakang ala - ala kuda tu.. Haha. Tapi Alhamdulillah.. Kesan dari berbekam yang pertama, kaki yang bengkak tu mula kendur dan betis dah boleh tekan - tekan tanpa rasa sakit..
Bila trauma berbekam dah hilang.. Terus bercita - cita nak cuba berbekam satu badan.. *tak serik lagi aku ni! Tapi, tetap serik nak pergi Rawatan Cinta Ampang Park tu.. Kali ni cuba kat Rumah Sihat Bekam, Gombak.
Pengalaman kedua berbekam tak sakit wooo.. sebab kali ni kaedah berbekam tak toreh pakai pisau.. Tapi pakai alat yang orang diabetes selalu guna untuk check darah tu.. Ala, alat yang ada jarum cucuk kat jari tu.. hehe.. Dan kaedah ni lebih terjamin kebersihannya dan ada orang yang tanya sejarah penyakit kita ni.. So, suka la aku ni! hehe..
Jadi, lepas ni memang tak serik la nak pergi berbekam lagi.. InsyaAllah akan beri kebaikan pada badan ni.. Aku ni jenis berpegang kepada 'Semua penyakit ada ubatnya kecuali Maut' itu pun dengan izinNYA.. Jadi, selagi boleh aku akan usaha untuk baikkan kaki aku ni.. Lagi pun, sunnah Rasullullah S.A.W ni.. kita cuba la.. tak salah kan?
Kos berbekam?
Rawatan Cinta atau kiosk - kiosk kecil kat Giant, tesco, carrefour = RM15 cup
Rumah Sihat Bekam, Gombak = RM150 satu badan (tukang bekam perempuan ada kat sini)
Lai lai lai.. cuba cuba.. :D
Hoho.. Gamba berbekam aku tak boleh nak tunjuk sini.. Gambar kaki montok ni tak elok untuk tontonon umum.. hehe.. Sila google la yer~ :P

1 comment:
hehehe...semalam dah kena marah. sebab makcik toreh tu la.kalau x, ok jek...
Post a Comment