Sejauh mana berkatnya duit kita itu?
Cakap pasal berkat.. Kalau tanya semua orang, semua pasti boleh jawab... Tapi sejauh mana pemahaman kita tu ya?
Aku terpanggil menulis entri ni sebab rasa kurang setuju dengan cara sesetengah orang menggunakan harta org lain/syarikat untuk kepentingan sendiri... Sesetengah orang ni juga selalu menegakkan pendapat bahawa cara itu adalah kerana itu HAK mereka.
Entah.. Aku cuma nak lebih memahami keadaan supaya aku tak buat benda yang tak patut kita buat tanpa sedar. Tapi, akibatnya hingga ke anak cucu cicit..
Dengki? Bukan dengki. Cuma, tak faham. Lurus bendul sangat ke aku ni?
"Ah.. Dah memang allocate untuk kita banyak tu, kita ambil la" Ya, memang allocation tu ada..
Tapi..
Tapi..
Kalau guna separuh, perlu ke kena berusaha untuk membuat resit sendiri untuk dapatkan allocation penuh? Atau memang itu caranya? Wa'allahualam..
Ataupun,
"Ah, ni la cara kita nak dapat bonus sendiri... company bukan boleh bagi pun.. Kita buat kerja, bukan free pun"
Ataupun,
Duit atas angin. "Aku dapatkan kau projek. Kau bagi aku 20%."
Entah.. sejauh mana berkatnya duit tu.. Aku tak tahu.. Hanya DIA yang maha mengetahui.
Semoga kita semua berada di landasan yang betul.
Amin.
1 comment:
Amin...
bukan amin anak sedara tu...hehehe..
Post a Comment