Wednesday, December 26, 2012

Jom! Wayang: The Hobbit An-unexpected Journey

Aku & mr.Ildaf sudah tonton The Hobbit! hehe

Aku tgk cerita ni pun sebab mr.Ildaf yang nak tengok.. Mr.ildaf memang pengikut tegar cerita Lord of the Rings (LOTR).. Aku tak tengok LOTR kat wayang.. so tak mampu nak fokus tengok LOTR ni kat TV.. confirm tido! hehe..

Ni review movie Hobbit.. Of course, ini bukan cerita sambungan kepada LOTR ya! 

"Kisah dia bermula bila Hobbit yang bernama Bilbo Baggins mula berjumpa dengan Gandalf dan 13 orang kerdil. Bilbo Baggins ambil keputusan untuk ikut pengembaraan menolong orang kerdil dapatkan semula Erebor;Gunung orang kerdil yang sekarang didiami oleh seekor naga.  Dalam movie ni juga, ada part cerita macam mana Bilbo Baggins boleh dapat cincin keramat tu dan berjumpa dengan Smegol"

Bilbo Baggins masa muda

Gandalf
Overall cerita.. aku suka scene Bilbo Baggins jumpa Smegol dalam gua.. Karakter Smegol memang jelas dalam Hobbit.. Scene Gunung batu bergaduh pun best.. Cool! Dan view set filem Hobbit  yang digunakan memang Cantik sgt!!

Smegol 

Komen aku:

1st.. Movie ni hampir 3 jam ok! So, korang jangan nak berangan minum air macam setahun tak minum masa tengok movie ni.. Sebab movie ni tak ada sesi 'Intermission' macam movie hindustan ok! haha..

2nd.. pada korang - korang yang tak follow movie LOTR.. tak payah lah nak confuse sangat.. Movie ni boleh je nak tengok kalau tak ikut LOTR.. Ada lagi dua epsiod nak complete.. So, jalan cerita masih panjang.. So, ok la kan kalau nak anggap macam movie baru kan?? kan? hehe...

In fact, movie ni adalah penceritaan semula Bilbo Baggins pasal pengembaraan dia.. secara tak langsung macam cerita Intro LOTR :) Tak ada apa nak confuse sangat pun.. =P

Aku dapat rasa, Hobbit pun boleh jadi macam LOTR satu hari nanti.. rugi la kalo tak tengok kat wayang.. tengok DVD tak feel.. hehe.. sila - sila pergi tonton movie ni.. :)


p/s: tak sabar nak tunggu The Hobbit: The Desolution of Smaug 2013 :)

3 comments:

phat_lee said...

fuyooo.. dia dah tau tajuk The Hobbit tahun depan laaaa...

Cik Nila said...

hehe.. google jek! =P

kekucingkatz said...

alah...2nd day hari tayangan tiket terpaksa 'bakor' hr tu sbb sampai lmbt...nak keluar rmh cukup malas skang ni...tp dh minat kena le tgk jgk nnt...okeh sok lusa aku pegi nengok...hehe!!!..