Berzaman aku tinggalkan blog ni.. Sekarang ni masuk bulan Mac dah pun.. Cepat betul masa berlalu.. hampir ketinggalan aku ni..
Alasan kukuh tak kukuh aku adalah seperti biasa.. sibuk dengan kerja.. ish.. macam tak ada life lain langsung kan?
Azam tahun 2013 ni.. aku nak simpan duit sebanyak mungkin.. Dalam pada itu, tentunya, nak bayar hutang aku.. (macam banyak sgt) haha.. tapi itu la.. aku rasa kepuasan belanja duit gaji yang ada untuk 'Enjoy' bila ada hutang berkepok sangat la tak best..
Lagipun taknak menjadi beban kepada waris jika aku pergi dulu.. (x salah pun ingat mati kan?)
Apa jadi kat aku sekarang ni ye?
Aktiviti gembira menggunakan oven, periuk, kuali, dapur terpaksa dihentikan buat masa ni sebab kami dah gemok! hooohooii stress bangat ni bila fikir..
Aktiviti bersukan pun terpaksa dikurangkan (maka lagi gemok la aku) sebab sakit pinggul makin menjadi - jadi dan sakit tu merebak seluruh kaki.. Hurm..
Tapi takpe, ini semua dugaan kecil je.. nanti bila sihat dan bajet kurus sikit.. aku start balik semua aktiviti itu.. hehe
Moga - moga tahun 2013 baik - baik saje untuk kita semua.. :)
1 comment:
Echiro! hehehehe... golek2 kat tulang kelakang.
Post a Comment