Tuesday, November 20, 2012

Jom! Simpan Duit (entri diri sendiri) *LOL

Lately, aku memang sangat sibuk belajar pasal Financial Management.. (omputih gitu!)

Lepas 6 tahun kerja makan gaji & buat kerja part time, aku dapat rasa yang aku masih kurang pengetahuan pasal pengurusan wang ni.. Banyak kesilapan pasal urus duit yang aku dah buat lepas arwah mak meninggal.. 

Memang kalau nak ikut, tak elok nak buka cerita lama.. Tapi, itu la pengalaman aku.. Sakit Wwooo bila fikir balik..! haha.. Entah apsal tah aku boleh sangat mengong x fikir pasal masa depan masa zaman belajar dulu.. Belanja duit ikut suka hati.. Sebab percayakan orang sangat.. Kena tipu lagi.. Orang amik kesempatan lagi.. Sadis bila fikir balik.. Huhu

Tapi, itu la.. silap sendiri.. bak kata orang.. pengalaman mendewasakan kita.. Dan sebab belajar dari kesilapan sendiri, ahmik kau! umur aku dah cecah 30 tahun baru terhegeh - hegeh nak belajar pasal simpanan & buat simpanan.. Haha..

Takpe.. Kita harus berfikiran positif!! (kata2 semangat.. boleh?) masih sempat nak buat tabungan dan cuba melunaskan hutang piutang yang tak gemar mak nak ingat nok! haha..

aku yakin.. semua yang bekerja memang ada masalah ni.. HUTANG

InsyaAllah, bulan Januari 2013.. hutang belajar aku abis bayar.. yihuuuu! Walaupun bukan PTPTN.. tapi sekurang - kurang harus la bunga - bunga cinta gumbira dalam hati kan?? 

Selepas tu, aku akan cuba mengurangkan hutang Kad 'hantu' yang senang sgt nak guna tu.. lerek dan menang bil berkepuk bulan2.. iaitu Kad Kredit.. haha.. Mencik aku ngan kad kredit ni.. dah la interestnya pun mahal la adoiyai.. 

Dan dalam masa yang sama, tengah mencuba kerja part time yang baru.. moga diberkati usaha aku ni.. teringin sangat nak beli rumah sebuah.. :) 

Kadang - kadang memang terfikir, kalau lah boleh aku undur masa.. memang lama dah aku simpan duit.. Tapi, asyik dok serabut hutang banyak & tak cukup duit bulan2.. memang over la kan?? sampai ke tua la hutang aku berkepuk2.. So, jalan penyelesaiannya.. cubalah buat part time.. tak cuba kita tak tahu kan? 

Oh! Pasal saving pulak.. nak taknak memang wajib LOCK duit bulan - bulan walaupun sikit.. Disiplin tu petua paling mujarab.. petua no 2 adalah dengan tambah ilmu didada dan belajar dari kesilapan orang lain.. moga kita tak membazir masa buat silap.. 


p/s: nak simpan duit.. takut hari tua nanti.. hutang banyak.. 


2 comments:

phat_lee said...

betul2... jom saving buat beli rumah dulu...

Cik Bulat said...

Dulu masa jaman k long (oops pecah rahsia), keje kad hantu tu mmg menghantiu betul, bayangkan le dik kerana utang kad antu, belen gaji tinggal RM13 je, bayar minimum je pon. Pastu bila kesedaran timbuk kak long potong sama dia, pastu baya sikit2. Yang penting niat. Alhamdulillah settle 2 kad hantu yang tak pernahnya tak overlimit tu! Lepas tu rasa sangat best. Lepas tu dengan tak disangka2 boleh menyimpan sikit2. Syukur.