Inilah hasil tangkapan akak & abg semalam.. hoho..
| Kotak dia agak meletoooppss! |
Semalam aku & mr.Ildaf pergi terjah kedai Ayam Penyet kat Taman Putra, Ampang.. Sanggup meredah jem kat MRR2 dari menara citibank semata - mata nak cuba Ayam penyet ibunda Faiz.. Sapa Faiz ni? Faiz ni bukan owner kedai, tapi office mate aku jokk~
Office mate aku-Nizam dah cuba Ayam penyet ni.. Punya la dengan penuh bersemangat cerita.. "sedaaaaappp ayam penyet ni.." hehe.. Asyik cakap sedap je.. aku pun terpengaruh laa..
Ayam penyet Paragon a.k.a Ayam penyet Hj. Indri ni sangat menarik untuk di cuba ok! Tak rugi cuba.. Dari segi persembahan agak berbeza berbanding ayam penyet yang pernah kami makan.. Apa yang berbeza ye? Ayam atau ikan penyet disalut dengan tepung + butter + telur.. kitaorang panggil.. "Kriukk.. Kriukkk.."
| Talapia penyet disalut oleh "kriuuukk.. kriuuuukk" |
| Ini lah rupa kalau 'Take away' |
Dari segi rasa.. Sedap! Sambal pun sedap. Tahap kepedasan yang boleh diterima akal. Cuma bagi kami, dari segi 'Kriukk.. Kriukk' dia berminyak sedikit masa ni.. Nama pun goreng kan?
Tapi pasti nak cuba lagi terutama Sup Rawon dia.. Dah abis pulak, masa kitaorang sampai.. Ok! memang pasti akan sampai lagi la ke kedai ni.. hehe..
Ok.. Lokasi kedai terletak di Paragon Mall, Taman Putra.. Bersebelahan Pandan Mewah dan Pandan Indah. Oh ya! Kedai ni berada didalam Paragon Mall, Tingkat 1. Kedai di buka pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.
| Jangan ingat kedai 'simple', makanan tak sedap ok! |
Sekian.
4 comments:
enak dimakan ketika kebulur. hahahaha... kalau ada sup rawon, confirm tido senyum. hehehe...
Huuu...menarik...tapi jauh benor
Hi...selamat berkenalan ;)
Hi cik bulat.. nanti boleh copy resipi.. hehe
Post a Comment