manusia tak lari dari buat kesilapan... manusia yang leka dan sentiasa merasakan dirinya betul walaupun kadangkala melakukan kesilapan adalah manusia yg paling rugi.. Sebelum membuat sesuatu keputusan, ambil masa untuk fikir baik dan buruk. Mmg org ckp, jangan ambil terlalu lama masa.. Tapi as long as kamu betul2 memikirkan penyelesaian.. xsalahkn? Senaraikan baik dan buruk jika patut. Tapi ingat!! kesalahan sesuatu perkara mungkin juga disebabkan oleh diri kita sendiri. Cuba bertahan dan cari penyelesaian..
Ada manusia yang terlalu mempercayai apa yang dia nak percaya.. sampai apa org nasihat buat pekak je.. Ayohh? Apakah itu? Patutnya lagi meningkat usia, lagi matang pemikiran kita. Jangan sampai dah nampak kesilapan diri tapi cuma tau menyalahkan keadaan sekeliling dan takdir... tak bagoss tuh...
Duit segalanya? Mmg akhir zaman, manusia mengejar duit.. Tak dinafikan kenapa kita kerja siang dan malam semata - mata demi sesuap nasi & petrol keta yg cpt benor kering? Hidup dengan kemampuan diri lah... Kenapa mesti kita menyalahkan orang lain jika kita kurang berkemampuan? Jangan sedih jika kamu susah sekarang.. Bersusah - susah dahulu, senang - senang kemudian la... Rezeki mmg datang dari Allah S.W.T tetapi mestilah disertai dengan usaha yang cekal dan rasa syukur.
So, ni ada tips hidup la ni..
- Bercampurlah dengan manusia - manusia yang punya pandangan yang pelbagai. yang boleh memberikan pendapat positive mahupun negative.
- Tetap pendirian kita, berkawan biar seribu sejuta billion... Tapi, apa yang baik jadikan tauladan... Yang buruk jadikan sempadan kita.. (Eh betul ke?) jangan plak nak ikut perangai buruk org.. Kita buleh pikir kn??
- Belajarlah dari apa yang dilalui manusia - manusia sekeliling. Jangan jadi kolot bagaikan katak dibawah tempurung.
- Jangan ambil mudah sesuatu perkara dan jangan terlalu selesa dengan keadaan sekeliling.
- Dan jangan mudah menilai seseorang tanpa kita mengetahui cerita hidupnya.. Lagipun, apa hak kita untuk menilai orang lain tanpa mengetahui sedalam-dalamnya? hidup anda cukup hebat?
- Jangan degil sangat.. Apa degil benor kamu ni...? Belajar jadi rendah diri ckit agar mudah menerima nasihat orang lain.
- Kenali diri. Tukarkan kelemahan diri kamu agar ia menjadi kekuatan...
- Sentiasa rasa bersyukur dan bersabar..
- Jangan ada hasad dengki dengan kejayaan org dan kebahagiaan org lain..
- Hormati orang lain sebelum kita dihormati.. Yang penting, hormat org tua kita...
- Mulut jangan terlalu ringan.. Kerana mulut badan binasa..
- Ucapkan maaf jika kamu melakukan kesalahan
No comments:
Post a Comment